Setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini tidak pernah dapat lari daripada masalah. Masalah ini seolah-olah mengejar hidup setiap insan. Jika tiada masalah maka ia tidak boleh dinamakan kehidupan.Masalah ini kadangkala mampu meningkatkan diri kita sama ada dari segi kerjaya mahupun personaliti kita. Masalah juga kadang-kadang mendesak kita mengubah hidup kita seperti apa yang telah kita rancang sejak dari awal. Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, masalah pertengkaran dengan ibubapa, gagal dalam peperiksaan serta banyak lagi.
 |
pelbagai masalah yang biasa kita tempuhi |
Terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Di antara cara-cara yang tersebut ialah :
Sandarkan Harapan Pada ALLAH dan Minta Pertolongan Kepada NYA
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah disebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan.
 |
Sentiasa berhubung dengan Allah ; berdoa dan berzikir |
Jangan Sedih dan Kecewa
Yakinlah dengan janji Allah dan jangan cepat berputus asa dengan masalah yang dihadapi. Sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya.
 |
gambar hiasan |
Luahkan Masalah tersebut pada orang yang rapat dengan kita dan yang dipercayai.
Mereka mungkin tidak membantu kesemuanya , tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringkankan beban yang ditanggung.
 |
luah masalah kepada kawan |