Thursday, 21 February 2013

PENDIDIKAN AGAMA TERAS KEHIDUPAN UMMAH



Pendidikan agama Islam hendaknya ditanamkan sejak kecil lagi, seperti pepatah melayu “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya” sebab pendidikan pada masa kanak-kanak merupakan dasar yang menentukan pendidikan  mereka selanjutnya. Pendidikan Islam amatlah penting sebab dengan pendidikan Islam, orang tua atau guru berusaha secara sadar memimpin dan mendidik anak diarahkan kepada perkembangan jasmani dan rohani sehingga mampu membentuk keperibadian yang utama.
Pendidikan yang paling utama untuk diberikan kepada anak-anak adalah pendidikan agama, kerana agama inilah yang akan membimbingnya untuk sentiasa berada didalam jalan kebaikan serta dengan mereka mengetahui tentang agamanya, maka mereka akan mengetahui tentang tujuan  hidup di dunia ini. Allah berfirman (yang beerti) : dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu (Ad dzariyat : 56).
            Maka dari sini kita boleh mengambil pengajaran bahawa yang paling penting adalah seorang anak itu mengetahui tentang Allah subhanahu wata'ala dan juga syariat-syariatNya, agar mereka  menunaikan ibadah yang betul kepada Allah .

Pendidikan  Agama dimaksudkan untuk membentuk peserta didik menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Yang maha Esa dan berakhlak mulia serta peningkatan potensi spiritual. Akhlak mulia mencakup etika, budi pekerti, dan moral sebagai perwujudan dari pendidikan Agama. Peningkatan potensi spiritual mencakup pengenalan, pemahaman, dan penanaman nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan individual ataupun kolektif kemasyarakatan. Peningkatan potensi spiritual tersebut pada akhirnya bertujuan pada optimalisasi berbagai potensi yang dimiliki manusia yang aktualisasinya mencerminkan harkat dan martabatnya sebagai makhluk Tuhan.
            Oleh kerana itu, pendidikan yang pertama kali diberikan kepada anak-anak adalah mendidik mereka untuk mengenal tentang aqidah yang benar, kerana aqidah ini merupakan panduan bagi amalan-amalan yang akan dikerjakannya. Hal ini sebagaimana dicontohi oleh Rasulullah S.A.W, beliau pernah berkata kepada Ibnu Abbas  yang bererti: sesungguhnya aku akan mengajarimu beberapa kalimat, jagalah Allah (iaitu jagalah syariat-syariat Allah) nescaya Allah akan menjagamu, jagalah Allah nescaya kamu akan dapati Allah ada dihadapanmu (yakni Allah akan menunjukimu pada seluruh kebaikan), apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah, dan ketahuilah bahwasanya kalau seandainya seluruh umat bersatu untuk memberikan manfaat kepadamu maka nescaya mereka tidak akan bisa memberikan manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang Allah telah tuliskan untukmu, dan kalau seandainya mereka bersatu untuk memberikan bahaya kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu untuk memberikannya kecuali dengan sesuatu yang Allah telah tuliskan atasmu, pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (yakni seluruhnya telah ditetapkan oleh Allah). (HR. At tirmidzi dari Ibnu Abbas).


Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita sendiri “Adakah aku seorang individu muslim yang baik?”. Akhirnya kita menjadi manusia yang jauh dari Ilmu Allah dan tersungkur di lembah kejahilan. Persoalannya kini, siapakah yang akan menyelamatkan mereka yang hidup dalam dunia bergelumang dosa dan jahil tentang hakikat kehidupan di dunia ini?
Demikian pula halnya pendidikan agama, harus dilakukan oleh orang membiasakannya pada tingkah-laku dan akhlak yang diajarkan oleh agama. Ada masa ini anak belum mengerti tentang akhlak-akhlak yang baik, seperti kejujuran dan keadilan . Untuk merealisasikannya, orang yang relevan dengan hal tersebut, agar anak dapat meniru dengan baik.
Hidup ini sebuah perjuangan, dan perjuangan untuk membebaskan saudara seislam kita dari kejahilan merupakan satu jihad yang sangat mulia. Adakah Allah anugerahkan ilmu kepada insan-insan yang fakeh tentang islam hanya bertujuan untuk mengauli “kaki-kaki masjid dan surau”? Adakah ilmu Allah ini terpilih kepada mereka yang mahukan islam ?
Ilmu Allah itu tiada batasnya. Menjadi tanggunjawab kita sebagai seorang muslim yang Allah kurniakan sedikit ilmu untuk mendekati golongan-golongan jahil ini.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi akan datang. Selain itu, Islam menggalakan kita menyampaikan ilmu amatlah penting dan sesuatu kerja yang mulia serta berterusan. Oleh itu marilah kita sama-sama memberi pendidikan agama di awal usia anak-anak kita supaya hidup mereka lebih terjamin dalam segala aspek yang bakal lakukan dan hadapi oleh mereka. Ini boleh mengurangkan masalah Negara serta masalah gejala sosial sekarang seperti membuang bayi, merogol dan banyak lagi.