Thursday, 8 March 2012

Khasiat Makan Buah Sebelum Makan Berat


Selalunya, kita semua menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai makan makanan berat setiap hari tidak kira makan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.

Pernahkan anda berasa mengantuk selepas makan nasi di waktu makan tengah hari? Sudah tentu selepas makan nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Pada pendapat saya, eloklah kiranya kira menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.

Sunday, 4 March 2012

Diet lebih mujarab

Diet lebih mujarab. Amal lah yer ,mungkin ini berkesan pada kita semua .Ini pun adalah diet Rasullulah SAW.Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Apa kata kita ikut diet ini. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus.. InsyaALLAH kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini, maka takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. 

 Antara tatacara pemakanan sihat Rasullulah S.A.W adalah :
                               Mulakan dengan Bismillah serta Doa Sebelum Makan:


                                                           Gunakan tangan kanan :
(MB Kelantan)- Guna Tangan Kanan Ketika Makan

                                                       Elakkan makan IKAN + SUSU
                                                       Elakkan makan IKAN + DAUN SALAD/KOBIS
                                                       Elakkan makan SUSU + CUKA
                                                       Elakkan makan CUKA + IKAN
                                                       Elakkan makan BAWANG PUTIH + BAWANG MERAH
                                                       Elakkan makan BUAH + SUSU ( KOKTEL )

                                        Akhir sekali baca Doa Selepas Makan :




                   Akhir kata buat kali ni, jadi Sama-samalah kita mengamalkannya..


      p/s : ore klate kato "acu cubo tera test.."