
Selalunya, kita semua menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai makan makanan berat setiap hari tidak kira makan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.
Pernahkan anda berasa mengantuk selepas makan nasi di waktu makan tengah
hari? Sudah tentu selepas makan nasi atau makanan berat, kita akan
mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat
meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan
nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk
menghasilkan insulin.
Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan
risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup,
Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan
pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari
dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
No comments:
Post a Comment