Saturday, 14 April 2012

SOLAT MERUPAKAN SENAMAN YANG PALING BERKESAN

Rukun Islam ada lima perkara ; Mengucap dua kalimah syahadah, Mendirikan solat, Berpuasa di bulan Ramadhan, Menunaikan Zakat dan Mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan.
Jadi kali ini saya nak kongsi tentang rukun yang kedua adalah Solat. Bagi semua umat Islam diwajibkan menunaikan ibadat solat manakala yang belum baligh, tanggungjawab ibu bapa mereka perlu mendidik dan mengajar tentang mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Solat merupakan ibadat fardhu pertama dalam syariat semua anbia sejak Nabi pertama Adam AS sehinggalah peristiwa Israk Mikraj apabila Allah SWT memerintah solat wajib lima waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ia berkekalan sehingga hari ini yang diamalkan umat Islam di muka bumi ini. Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya umat Islam tempang dari segi akidah tauhid sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah. 
Tidak keterlaluan jika solat sebenarnya mempunyai seni tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Pastinya ada rahsia kerana ketenangan dapat dirasai apabila kita mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.

Menurut salah seorang penyelidik Universiti Malaya (UM) Prof Madya Fatimah Ibrahim telah membuat kajian saintifik untuk melihat hikmah solat dari segi kesan kepada kesihatan kerana ia (solat) suatu aktiviti fizikal unik. Beliau berkata, kajian juga mendapati posisi rukuk dalam solat pada kedudukan sudut 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan pinggang.

Pergerakan solat yang kita lakukan sebenarnya membantu menjaga kesihatan kita. Selain bersukan, amalan wajib ini sebenarnya membantu melancarkan aliran darah dalam badan. Untuk sihat, kita tidak perlu bersenam dan mengeluarkan peluh. Seperti saya, solat yang menjadi tiang agama merupakan amalan sihat yang paling berkesan. Misalnya, ketika kita sujud dan rukuk, ia sebenarnya satu senaman semula jadi. Amalan ini paling mudah untuk dilakukan.

Sunday, 1 April 2012

Cara Minum mengikut Rasulullah S.A.W


Kali ni saya kongsikan Cara Minum mengikut Rasulullah S.A.W..Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini bertujuan untuk  amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan menitik madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk " . 


Lagi elok kalau sebelum minum air baca taa'wuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) dan basmalah
(  بسم الله الرحمن الرحيم ) serta bacalah doa untuk sihat, maka molekul-molekul air yang telah dibacakan doa tadi mengalir serta meresap kedalam tubuh badan kita .

Ini membuktikan bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab-sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan kita. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan kita.