Jadi kali ini saya nak kongsi tentang rukun yang kedua adalah Solat. Bagi semua umat Islam diwajibkan menunaikan ibadat solat manakala yang belum baligh, tanggungjawab ibu bapa mereka perlu mendidik dan mengajar tentang mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Solat merupakan ibadat
fardhu pertama dalam syariat semua anbia sejak Nabi pertama Adam AS sehinggalah
peristiwa Israk Mikraj apabila Allah SWT memerintah solat wajib lima waktu
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
dan ia berkekalan sehingga hari ini yang diamalkan umat Islam di muka bumi ini.
Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya umat Islam
tempang dari segi akidah tauhid sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah.
Tidak keterlaluan jika solat sebenarnya mempunyai seni tersendiri di
samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita
mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.
Pastinya ada rahsia kerana ketenangan dapat dirasai apabila kita
mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.
Menurut salah
seorang penyelidik Universiti Malaya (UM) Prof Madya Fatimah Ibrahim telah membuat
kajian saintifik untuk melihat hikmah solat dari segi kesan kepada kesihatan
kerana ia (solat) suatu aktiviti fizikal unik. Beliau berkata, kajian juga
mendapati posisi rukuk dalam solat
pada kedudukan sudut 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan pinggang.
Pergerakan solat yang kita lakukan sebenarnya membantu menjaga kesihatan kita. Selain bersukan, amalan wajib ini sebenarnya membantu melancarkan aliran darah dalam badan. Untuk sihat, kita tidak perlu bersenam dan mengeluarkan peluh. Seperti saya, solat yang menjadi tiang agama merupakan amalan sihat yang paling berkesan. Misalnya, ketika kita sujud dan rukuk, ia sebenarnya satu senaman semula jadi. Amalan ini paling mudah untuk dilakukan.
No comments:
Post a Comment