Saturday, 29 August 2015

Khasiat Kurma Ajwa Vs Susu Kambing Umaima Nutri C Plus


...بسم الله الرحمن الحيم...


Khasiat Kurma

Buah kurma sebagaimana diketahui memang mempunyai khasiat perubatan tertentu seperti meningkatkan kadar gula darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 buah kurma selama beberapa bulan.

Kurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesihatan kerana memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh.

Oleh karena itu kurma sangat digalakkan dimakan ketika berbuka puasa agar tubuh menjadi cepat pulih atau segar seterusnya memberi tenaga segera kepada tubuh.

Kurma seumpama ‘buah ajaib’ seharusnya dijadikan juga pilihan makanan yang menggantikan makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit. Rasulullah SAW sendiri mengangkat tinggi taraf buah kurma kerana mempunyai nilai-nilai kesihatan yang baik termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang mudah dicernakan oleh tubuh.

Kurma Ajwa

Ajwa sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman selain texturnya tebal lembut dan kering. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lain dan banyak ditanam di persekitaran Madinah.

Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja.  


Jadi tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg. manakala di Malaysia harganya mencecah RM 80.00 – RM 120.00/kg.

Kini kurma Ajwa juga telah diberi nilai tambah menjadi produk seperti sari madu kurma dan minuman selain ada kurma Ajwa yang disira bersama minyak Habbatus Sauda yang dikatakan berkhasiat untuk kesihatan.

Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa.
Sabda Rasullullah SAW.: “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.”  (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)

Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

        Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia.


Makanan Baik Bagi Wanita Hamil

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
    Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

    Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

     Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana
ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.


Susu Kambing Umaima Nutri C Plus untuk Wanita Hamil, Pantang ,Menyusu.


Susu Kambing Umaima ( Tablet)
Rm 79.90
Umaima Info

Manfaat susu kambing UMAIMA pada pengguna terutama si wanita hamil juga si gadis :

  • Menambahkan tenaga. 
  • Memulihkan tulang rapuh. 
  • Mencerdaskan minda. 
  • Menyembuhkan luka.
  • Tidak menggemukkan.
  • Menaikkan, mencantikkan, memontokkan & membesarkan payudara kendur & jatuh.
  • Menaikkan punggung yg jatuh.
  • Mengetatkan MISS V.
  • Menghilangkan bau badan. 
  • Menghilangkan bau MISS V.
  • Meningkatkan keinginan seksual.
  • Menaikkan nafsu isteri untuk bersama suami.
  • Menghilangkan masalah keputihan. 
  • Mengatasi masalah dalaman wanita.
  • Mencegah kanser.
  • Melawan radikal bebas.  
  • Mencantik & meremajakan kulit.
  • Menambah tenaga. 
  • Mencegah keletihan & menyegarkan badan.
  • Merawat masalah rahim.

Wednesday, 26 August 2015

علماء أهل النحو: خليل بن أحمد الفراهيدي ؛ سيبويه ؛ الجرجاني


>>>السلام عليكم ورحمة الله وبركاته>>
مساء الخير ...الله يبارك فيكم..اللهم آمين

SIAPA SIBAWAYH?.. GURUNYA?.. ANAK MURIDNYA?..

BIOGRAFI KHALIL BIN AHMAD AL FARAHIDI 

(Guru kepada Sibawayh)

Abu Abdirrahman Al-Khalil bin Ahmad bin 'Amru bin Tamim al-Farahidi al-Azadi al-Yahmadi atau lebih dikenali sebagai Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi (lahir di Basrah, 100 H/718 wafat di Basrah, Jamadil akhir 173 H/789) adalah seorang ulama dibidang bahasa Arab, sastera Arab, dan juga penemu ilmu arudh, yang di ambil dari muzik kerana beliau ahli dalam bidang tersebut. Beliau mempelajari pelbagai ilmu daripada Ibnu Abi Ishaq yang merupakan guru kepada Sibawayh.
Dalam menempuh pendidikan, Khalil selalu mengikuti majlis ilmu yang di ajar oleh Isa bin Amr dan Abu Amr bin Al-‘Ala’. Gurunya, Isa bin ‘Amr, merupakan imam di dalam bidang ilmu bahasa arab dan ilmu qiraat. Beliau menulis dua buah buku terkenal yang berjudul Al-Jami’ dan Al-Ikmal. Sedangkan Abu Amr bin Al-‘Ala’ adalah guru besar di dalam bidang ilmu bahasa arab yang selalu menjadi rujukan Khalil dalam meneliti tatabahasa Bahasa Arab.
Khalil sering mengambil riwayat qiraat dari Imam Ayyub dan Ashim. Sedangkan murid-murid Khalil yang selalu mengambil riwayat darinya adalah Sibawayh, Al-Ashma’i dan Nadhar bin Syumail. Ada satu nama lagi yang sering dijadikan rujukan dalam periwayatan Khalil, iaitu Al-Laits bin Al-Mudzaffar bin Nashr bin Sayyar. Dalam pada itu, Al-Laits juga merupakan salah seorang murid Khalil. Di dalam kamus Al-‘Ain, nama Al-Laits sering disebut-sebut oleh Khalil dalam pelbagai periwayatan. Dalam periwayatan, hal ini merupakan perkara yang lumrah dimana seorang guru mengambil riwayat daripada muridnya sendiri. Ibnul Mu’taz berkata, “Riwayat-riwayat yang bersambung kepada Khalil, banyak terputus daripada Al-Laits.” Pernyataan ini menunjukkan betapa banyaknya riwayat Khalil yang berasal dari Al-Laits.
Di antara murid-muridnya ialah Sibawayh, Abdul Malik bin Quraib Al-Asma'i, Al-Kisa'i, An-Nadhar bin Syamil, Harun bin Musa an-Nahwi, Wahb bin Jarir, Ali bin Nashr al-Hadhrami.
Diantara karya beliau ialah Mu'jam al-'Ain yang merupakan kamus pertama dalam dunia bahasa Arab, Kitab an-Nagham, Kitab al-'Arudh, Kitab asy-Syawahid, Kitab an-Nuqath wa asy-Syakl, Kitab Ma'ani al-Huruf dan lain-lain.
Sibawayh
Namanya Abu Bishr Amru ibn Usman ibn Qanbar Al-Basri (bahasa Arab) :أبو بشر عمرو بن عثمان بن قنبر البصري yang dikenali dengan "Sibawaih"(سيبويه), merupakan seorang pakar tata bahasa bahasa Arab yang sangat berpengaruh. ( bahasa Parsi: Sibawaih maksudnya: bau epal).Orang yang masyhur dalam ilmu Bahasa Arab dan alim/pakar dalam bidang Nahu.Mempunyai karangan dalam ilmu Nahu yang dinamakan "Al-Kitab" iaitu kitab kaedah-kaedah yang pertama yang menyusun kaedah-kaedah Bahasa Arab.
Sibawaih asalnya seorang yang berbangsa Parsi. Dilahirkan di bandar Al-Baidha' berhampiran dengan Syiraz di negara Parsi pada tahun 148 Hijrah.Beliau adalah seorang yang tampan dan menjaga kebersihan, setiap orang yang menemuinya akan terbau bau yang wangi.Ibunya dari kecil lagi telah memanggilnya dengan Sibawaih iaitu satu perkataan dalam Bahasa Parsi yang bermaksud: bau epal kerana wanginya bau epal.
Dengan keazaman seorang muslim yang benar niatnya dalam menghasilkan perkara yang manfaatkannya Sibawaih telah mengatakan: "aku akan tuntut ilmu sampai engkau tidak mengatakan aku silap dalam ilmu itu".
Sibawaih telah mengembara ke Basrah ketika masih kecil lagi dan membesar di sana.Berbekalkan keinginan yang kuat untuk menimba ilmu, dia mulai belajar Hadis dan Fiqh dan sentiasa melazimi para fuqaha dan ahli-ahli hadis. Kemudiannya beliau mula bertalaqqi ilmu dengan para ulama.Antara gurunya ialah Hammad ibn Salamah, Mufti Basrah, Al-Akhfash Al-Akbar (salah seorang Imam dalam ilmu bahasa Arab dan nahu). Manakala Khalil ibn Ahmad al Farahidi merupakan tuan guru besar bagi Sibawaih sehinggakan pernah sekali Sibawaih datang menemui gurunya Al-Khalil maka berkata gurunya: "Selamat Datang diucapkan kepada penziarah yang tak di jemui". Gurunya itu sangat sayang kepada Sibawaih.
Berterusan Sibawaih sebegini sehinggalah dia pun menjadi seorang guru dan mempunyai pelajar-pelajar yang mengilinginya dan mengambil ilmu daripadanya. Antara pelajar-pelajarnya ialah: Abu Al-Hasan Al-Akhfash dan Qutrub(mereka berdua antara ulama nahu yang masyhur juga).
Beliau telah karang sebuah buku yang besar dalam ilmu Nahu dan menamakannya "Al-Kitab". Beliau himpunkan dalamnya setiap apa yang beliau dengar daripada gurunya Al-Khalil ibn Ahmad dan selainnya dalam ilmu ini. Selepas dari itu kitab itu telah masyhur dengan nama "Kitab Sibawaih".
Beliau ditimpa sakit dan meninggal dunia di Syiraz pada tahun 796 Masihi selepas meninggalkan impak yang besar dalam dunia ilmu supaya semua orang dapat memanfaatkannya tak kira zaman atau tempat.
Salah Satu Kitab Sibawayh " Al- Kitab"

Kisah perdebatan Sibawayh bersama gurunya Khalil ibn Ahmad al Farahidi
Diriwayatkan bahawa Sibawayh dan gurunya, Khalil al Farahidi pernah berdebat mengenai a’rafu al-maa’rif أعرف المعارف iaitu diantara 6 isim ma’rifah, isim ma’rifah mana yang dianggap paling ma’rifah (paling jelas untuk mengetahui sesuatu). Seperti kebiasaan, setiap hari Sibawayh akan belajar dengan gurunya Imam Khalil Al-Farahidi mengenai ilmu nahu. Kebetulan pada hari itu tajuk pengajian mereka berkenaan dengan isim-isim ma’rifah. Setelah mendengar keterangan dari gurunya yang menjelaskan bahawa isim ma’rifah yang paling ma’rifah itu adalah isim dhomir, muncullah satu keraguan dihati Imam Sibawayh. Beliau tertanya-tanya didalam hati sanubari merenungkan kalimah demi kalimah yang disampaikan oleh gurunya itu. Lalu Sibawayh pun berkata “Setelah mendengarkan keterangan kamu, aku agak ragu adakah benar isim yang paling ma’rifah itu adalah isim dhomir?”, mendengar pertanyaan dari muridnya itu Imam Khalil mengeluarkan seluruh dalil-dalil dan keterangan-keterangan untuk menjelaskan dan menguatkan pendapatnya.
Namun setelah dijelaskan beberapa kali, Imam Sibawayh tetap ragu dan menyanggah apa yang disampaikan oleh gurunya itu. Dengan tanpa mengurangi rasa hormatnya terhadap sang guru, Sibawayh cuba menyampaikan pendapatnya dengan tenang dan penuh rasa hormat. Sibawayh berpendapat isim yang paling ma’rifah diantara asmaul ma’rifah adalah isim 'alam اسم علم(nama orang). Akan tetapi gurunya tetap berpendapat seperti yang telah dinyatakan di atas. Namun Sibawayh tetap mahu mempertahankan pendapatnya itu lalu beliau membuktikannya sendiri dengan pendekatan yang genius . Suatu malam, beliau sengaja berkunjung ke rumah gurunya itu. Setelah berada didepan pintu rumah gurunya, Sibawayh tidak langsung masuk dan menemui Imam Khalil sebagaimana biasanya. Akan tetapi beliau mengetuk pintu rumah gurunya itu beberapa kali dengan harapan beliau akan bertanya siapa sebenarnya yang datang mengetuk pintu. Setelah beberapa kali diketuk, ternyata gurunya itu belum juga muncul dan bertanya.
Kemudian setelah lama mengetuk pintu, terdengar dari dalam rumah suara Imam Khalil yang bertanya “siapa..?”. Mendengar suara tersebut, dengan segera Sibawayh menjawab “ana”. Kerana merasa belum jelas, Imam Khalil kembali bertanya “ana siapa?”, kemudian dijawab lagi oleh Imam Sibawayh “ana”. Mendengar jawapan tersebut Imam Khalil masih tertanya-tanya siapa sebenarnya orang yang menjawab saya itu. Lalu beliau terus membuka pintu. Pada saat pintu terbuka, ternyata orang yang menjawab ana itu tak lain dan tak bukan adalah Sibawayh murid kesayangan beliau sendiri.
Pada saat itu Sibawayh pun tersenyum melihat gurunya yang sedang berdiri didepan pintu lalu berkata “Bagaimana guru, adakah hingga saat ini kamu masih mengatakan Isim dhomir sebagai isim yang paling ma’rifah?, bukankah ketika aku datang kemudian anda bertanya siapa kepada aku, terus aku jawab “ana” (isim dhomir) lalu ia belum memberikan pengertian yang jelas terhadap kamu?, belum cukupkah bukti itu menunjukkan bahawa Isim A’lam lebih ma’rifah daripada isim dhomir..?". Mendengar pertanyaan bertubi-tubi dari muridnya itu, Imam Khalil diam membisu dan tidak bisa berkata apa-apa lagi.
Kisah ini menunjukkan bahawa tidak salah jika seorang murid itu berbeza pendapat dengan gurunya. Malah di anjurkan berdebat mengikut adab-adab perdebatan disertakan dengan hujah yang benar.
BIOGRAFI AL JURJANI

(Anak murid Sibawayh)

Abu Bakar Abdul Qahir bin Abdur Rahman bin Muhammad al-Jurjani (lahir pada 400-471 atau 474 Hijrah) (meninggal dunia 1078 Masihi) adalah seorang ulama terkenal Parsi yang alim dalam bidang nahu, bahasa Arab dan ahli sastera.Beliau bermazhab Shafi'I. Al Jurjani dilahirkan di bandar Gorgan, Iran. Al-Jurjani hidup dalam serba kekurangan tetapi Allah gantikannya dengan kelebihan ilmu kepada beliau.
Beliau merupakan diantara pelopor utama ilmu Balaghah dan bukunya Asrar al Balaghah merupakan rujukan utama para ulama terdahulu untuk mengembangkan ilmu Balaghah. Al-Jurjani banyak dipengaruhi oleh pendahulunya seperti Sibawayh, Ja'far ibn Qudamah, Jahiz, al Amidi dan lain-lain. Ini jelas kerana al Jurjani banyak menyebut pendapat-pendapat mereka di dalam kitabnya.Penulisan al Jurjani mengenai 'Ijaz al Quran di dalam kitab Risalah as Syaafiah fi I'jaz al Quran mendapat perhatian ramai para ulama kerana kepakaran beliau di dalam ilmu Balaghah menyebabkan kitabnya itu lebih menarik dan bernilai.
Diantara guru al Jurjani ialah Sibawayh, Jahiz dan ramai lagi.Beliau merupakan seorang yang warak dan kuat berpegang teguh pada agama.
  • Rujukan maklumat blog saya tentang Pakar Nahwu hari ini dari Sibawayh.com





Everyday is a Blessing and a Chance to Grow..الحمدلله على كل الحال

Sunday, 16 August 2015

Jom BerUMAIMA.

               السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172)  Ya, makanlah dari rezeki yang baik-baik sebagai tanda syukur pada nikmat dari Allah swt. Menjaga pemakanan bermakna kita juga menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah swt. Ini juga menjadi sebahagian ibadah sebagai hamba Allah, salah satu cara hidup dalam Islam. 
Susu Kambing Umaima Nutri C Plus
Rm 79.90



UMAIMA Merupakan satu produk makanan tambahan yang diformulasikan daripada SUSU KAMBING & MAKANAN SUNNAH. Antara bahan utama yg terkandung adalah :- 1. Tepung susu kambing 2. Air Zamzam 3. Glukosa 4. Za'tar 5. Manna 6. Pegaga 7. Ginkgo 8. Kismis 9. Kurma 10. Delima 11. Badam 12. Garam bukit 13. Zaitun 14. Perisa Berry yang bermutu tinggi dan ianya dipercayai dan diyakini dapat meningkat Aras Kecerdasan Minda (IQ) 15. Collagen ikan 16. Pure L-gluthathione 17. Strawberry 18. Blueberry 19. Snow Lotus StemCell 20. Trehalose 21. Ekstrak Pitera 22. Ekstrak Biji Perilla 23. Ekstrak Biji Apricot 24. Ekstrak Habbatus Sauda 25. Sucrose 26. Krimer Tanpa Tenusu.







Jom BerUMAIMA. by @abby_abadi112
#Muamalah lillah
#susukambing
#pemakanansunnah
#cantikdarihati
#biiznillah
#umaima's agent kotabharu. COD area nilampuri, wkfcheyeh, psrtumbuh, kotabharu
# follow ig 
🎈@rjnurain
🍭 @rjnurain
🎈 @rjnurain
🍭 @rjnurain
🎈 @rjnurain
🍭 @rjnurain