Tuesday, 6 October 2015

Kehidupan ini, terkadang seperti kertas.

Asmwrbt. 

.
Dah selawat hari ni?.
.
Allahumma solli 'alaa Muhammad wa 'alaa aalee Sayyedena Muhammad.






Syukuri Apa yang Allah bagi sekarang. 


.
Ingat Allah. Ingat yang hidup di dunia ini adalah sementara. Setiap yang hidup akan merasai mati.
Bila?Bagaimana?Dimana?
Allahu'aalam. 



"Allahummakhtemlanaa bihusnilkhotimah wa akhiri kalaminaa Laa ilaha illallah".













Kehidupan ini,
terkadang seperti kertas.

dilipat.
disimpan.
dikoyak.
dan kemudian dibuang.

Dunia sebahagiannya,
seperti kertas.

ramai yang bersedih.
bangga.
malu.
dan gembira.
kerana kertasnya.




























Kerana kertas,
manusia dipuji.
kerana kertas,
manusia dipuja.
kerana kertas,
manusia dihina.

Kerana kertas,
manusia terpisah.
kerana kertas,
manusia berkuasa.
kerana kertas,
manusia merana.

sijil kelahiran - kertas.
sijil penghargaan - kertas.
sijil kelulusan - kertas.
sijil perkahwinan - kertas.
ijazah - kertas.
buku akaun - kertaa.
saman - kertas.
tesis - kertas.
passport - kertas.
sijil perubatan - kertas.
Jemputan kawin - kertas.
duit - kertas.

Hanya satu kertas.
yang “dimiliki” setiap orang.
tetapi “tidak dapat dilihatnya” sendiri.

√√√yakni √√√
sijil “mati"nya

#MatiNya

 — at Kg Tunjong.

No comments:

Post a Comment