Friday, 29 September 2017

TEA ROOIBOS PILIHAN MINUMAN UTAMA KELUARGA SAYA

JADIKAN TEH ROOIBOS SEBAGAI MINUMAN UTAMA KELUARGA



untuk memastikan kesihatan diri anda, dan keluarga sentiasa sihat,dan bebas dari segala jenis penyakit, amalkan teh rooibos sepanjang masa.



Teh rooibos organik keluaran Health builders

Teh rooibos organik merupakan Tulen dan asli, 100% organik, tidak mengandungi kafein, bahan tambahan, pengawet atau pewarna tiruan serta kandungan taninnya kurang

Diperkaya dengan pelbagai sumber mineral yang membantu melengkapkan keperluan nutrisi dalam badan

Mengandungi 37 jenis anti-oksidan yang bertindak meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas dan merawat pelbagai penyakit kronik

==============================================
Khasiat teh rooibos organik yang pelbagai membantu meningkatkan tahap kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kronik :

- Bertindak sebagai minuman tambahan iaitu membekalkan kalsium, mangan dan flourida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat

- Membantu para wanita memperbaiki kesihatan dalam seperti memperbaiki ketidakseimbangan hormon, gangguan kesuburan dan sebagainya

- Menghalang proses radikal bebas seterusnya menjadikan anda awet muda

- Membantu melegakan insomnia/ kesukaran tidur malam

- kekejangan perut, sembelit dan bagi bayi yang menghidap kembung (kolik)

- Membantu proses pencernaan/ sistem pengahadaman dengan baik

- Membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan
kegusaran

- Melegakan kesan pada kulit apabila disapu terutama ruam lampin dan penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat

- Minuman yang membantu anda mengawal berat badan

- Mencegah dehidrasi akibat cuaca panas dan sebagainya

- Membantu memulihkan keletihan akibat senaman

- Membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga

- Membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah

- Dapat membantu mengurangkan paras kolesterol

- Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mencegah penyakit kencing manis dan diabetes

- Membantu menurunkan tekanan darah serta menguatkan kapilari dan mencegah serangan jantung dan stroke

- Kepelbagaian mineral seperti kalium, mangan ,zat besi dan sebagainya membantu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan

Nyata teh rooibos bukan teh biasa ya.
khasiat teh rooibos memang tak ternilai dengan harganya.

sayangi keluarga anda, bertindak sekarang.





JIHAD WANITA

Forward dari sahabat saya.... Moga dapat mengambil iktibar dan amalkannya........

Jihad seorang Wanita
Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?
Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Bagaimanakah pendirian kita?

Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)

"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.

Firman Allah:

"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Sudut-sudut jihad wanita

1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.
moga sama2 mendapat manfaat...aminnn...


SOLAT SELEPAS HAID

SOLAT SELEPAS HAID:PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! 

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan 
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti  dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 

HURAIAN MASALAH : 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 



TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

UNTUNGNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

1. Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

Thursday, 28 September 2017

JOIN & SIHAT BERSAMA "KAMI"

Dah daftar sebagai ahli Health Builders ?
Kami sedang mencari RAKAN NIAGA yang serius untuk berjaya,rajin,berdisiplin,amanah,jujur dan bersedia belajar kerana perniagaan ini bukan perniagaan 5D(Duduk Diam-Diam Duit Datang).
Jika anda tidak ada ciri-ciri di atas tidak perlu memohon menjadi RAKAN NIAGA kami tetapi anda boleh menjadi pengguna setia produk-produk syarikat kami. Tidak perlu mendaftar menjadi ahli untuk mendapatkan harga murah kerana produk-produk kami memang murah.
Nikmati Faedah dan jaminan masa depan anda bersama Syarikat Health Builders dengan berdaftar sebagai ahli hari ini, Sertai kami sebagai pengedar sah product-product keluaran health builders, visi syarikat yang sentiasa menghasilkan beberapa product kesihatan di masa akan datang. Jadilah pengguna bijak, nikmati bonus pembelian anda setiap bulan disamping jaminan kesihatan keluarga anda.

hubungi saya untuk pembelian dan pertanyaan 017-9629353
.
#tearooiboskotabharu #rooibosteakotabharu #tearooiboskelantan#rooibosteakelantan #rooibosteaorganic #tearooibosorganik #rooibostea#tearooibos #rooibosherbaltea #tehrooibos #tehrooiboskotabharu#tehrooiboskelantan