SOLAT SELEPAS
HAID:PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
kepada sesiapa yang
bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan
perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi
jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya
BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai
atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini
boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang
betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti
dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa
ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling
simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib
bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika
haid?"
pastinya kita akan
mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu
soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang
perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar
wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan
nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK
SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun
dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya'
Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada
ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah
bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab
Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut
dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN
DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi
perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan
dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya)
sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu
rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan
mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat
baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat
maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa
haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita
Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH
:
1. Kenapa perlu
diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu
hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat
asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat
Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam
hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama'
dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian
wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya
sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka
perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat
subuh pun sama :
-perempuan itu hanya
menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat
solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya'
sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga
boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu
diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya
(tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat)
maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses
keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya
menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama
berlaku)
-maka langkah ihtiyat
(menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab
Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath,
Kaherah.
Diharapkan tulisan ini
memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami
diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka
sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
No comments:
Post a Comment