Wednesday, 29 February 2012

Islam dan Tidur



Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari).
Islam itu Mudah
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.


Sunnah Tidur Tengahari ( Qailulah )

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Qailulah- Gambar Hiasan

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Mengingati Allah dengan melafazkan Syahadah

Friday, 24 February 2012

PETUA KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Seperti saya sekarang berada di tahun 3 semester 6 banyak tugasan dan subjek yang perlu dibawa dan dibuat...kui..kui..Awal-awal lagi saya ingin kongsikan tips-tips menjaga kecantikan dan kesihatan...
Kelas sampai waktu  malam
Antara tips-tips menjaga kecantikan dan kesihatan :

Pertama sekali minum banyak air..minum..minum..dan minum..
-Keperluan air dalam  badan yang di perlukan oleh lelaki adalah 65% manakala bagi perempuan pula memerlukan 55%.Selain itu,kita perlu minum air lapan gelas sehari.


Keduanya  bersenam..
- Ambil masa dalam setengah jam untuk jogging atau bermain badminton atau jalan-jalan sekeliling rumah.


Ketiga adalah jangan merokok..
- Seperti mana yang kita tahu merokok membahayakan kesihatan.Tambahan itu, ia membazir umpama membakar duit..Kalau sesuatu benda yang kita beli memberi manfaat kepada diri, xpe la kan..So, disini samada lelaki atau perempuan janganlah merokok yer...arab kata :
Dilarang Merokok or No Smoking


Keempat adalah tidur yang cukup
-Tidur adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita..Saya sendiri juga suka tidur..Jadi kalau letih atau mengantuk tidur dulu ,lepas tue bangun wat la keje yang tak siap dan diri kita akan rasa tenang serta selesa. Tapi janganlah tidur memanjang, kerana ia tidak baik untuk kesihatan kita juga..
Tidur yang mencukupi- Gambar Hiasan


Kelima pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap, kulit juga perlu bernafas.

Keenam makan yang cukup tapi bukan berlebihan yer..
Ketujuh luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah.

Kelapan elakkan Stress
Doa Apabila Stress

 Akhir sekali senyum atau ketawa..(senyum tak perlu kata apa-apa atau bayar)..

Senyum Selalu- Gambar Hiasan






beginner's blogger....



Assalamualaikumwrbt...

    Opick- Assalamualaikum
  • RASULULLAH SAW bersabda :" Sesiapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkannya jalan ke syurga." (Riwayat MUSLIM).
  • Juga H.R Ibn Abd AlBar dari Ibn ‘ady dan Baihaqi dari Anas
“ Tuntutlah ilmu walau sampai ke negri China, Sesungguhnya menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam. Sesungguhnya malaikat membentangkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu untul mencarikan ridlo atas apa yang mereka lakukan (menuntut ilmu)" (Mukhtarul Ahadist: 21)