Tuesday, 11 June 2013

WANITA YANG DIKASIHI

Wanita lambang ketulusan perasaan, penawar jiwa da pelita bagi hati. Kehidupanmu diibaratkan sekuntum bunga yang mekar mewangi di taman-taman yang indah dan berseri. Pengorbananmu selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutanmu menyejukkan hati bila memandang.

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur dilembah kejahilan. Cahayamu kembali bersinar setelah dibersihkan oleh seorang insan yang berbudi luhur, yang bijaksana dan penuh pengertian. Rasulullah s.a.w telah mengangkat darjatmu ketahap yang paling tinggi, sehingga meletakkan keutamaannya dalam sebuah hadis yang disabdakan baginda bahawa: "Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu".

Tiada seorang wanita pun yang ingin dimasukkan ke dalam api neraka diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang ia kerjakan. Namun ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dalam kehidupannya setiap hari ada yang membuka aurat serta melakukan dosa-dosa yang lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka di akhirat nanti.

Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing
dirinya ke jalan yang diredhai Allah swt. Sanggup berjuang menahan nafsu dan dosa menjaga perasaan daripada terus dibuai oleh kenikmatan dunia yang sementara agar menjadi wanita cemerlang seperti wanita-wanita di zaman kegemilangan Islam.


Semoga wanita yang ingin menjadi remaja yang solehah, isteri yang taat, ibu yang penyayang serta menjadi wanita yang cemerlang dunia dan akhirat. In sya Allah.



No comments:

Post a Comment