Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan
ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:
1) Mengkhatamkan
Al-Qur'an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada
bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia
sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185).
2) Solat tarawih
Rasulullah Saw bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."
3) Memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.

4) Bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.
5) Iktikaf
Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. Iktikaf sunat bagi lelaki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beriktikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut iktikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istighfar, membaca Al-Qur'an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.
6) Umrah
Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

7) Memperbanyak
berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi
setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang
diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada
bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70
amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan
sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar' tersenyum di depan orang lain.
Ciptakanlah inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah.
No comments:
Post a Comment