Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:
1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Allah S.W.T berfirman: “Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (Al-Baqarah, 2: 187). Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya.
2) Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya.
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud ).
3. Haid dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah S.A.W bersabda: “Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”
4. Suntikan Yang Mengandungi Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.
5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.” Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (Al-Baqarah, 2: 187). Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat.
6) Murtad
Terkeluar daripada Hslam sama ada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan. Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan siapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu ia mati ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya” (yang baik di dunia dan di akhirat). (Al-Baqarah, 2: 217).
7) Memasukkan sesuatu benda ke dalam salah satu rongga badan, seperti lubang hidung, dua jalan (Qubul & Dubur) dan lubang telinga.
Dari Ibni Abbas r.a berkata : “Adapun yang mewajibkan berwudhuk kerana ada keluar dari qubul atau dubur, dan bukan kerana sesuatu masuk. Adapun yang membatalkan puasa ialah kerana ada barang yang masuk dan bukan kerana ada barang yang keluar.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi).
Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah “Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia.
8) Gila
Gila sekejap atau sepanjang hari boleh menyebabkan batal puasa sebab sudah hilang daripada syarat taklif.
9) Mabuk atau pengsan sepanjang hari
Mabuk atau pengsan sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
No comments:
Post a Comment