1)
Menyegerakan waktu berbuka
Apabila
azan berkumandang, maka boleh terus berbuka puasa. Jangan lagi tunggu berbuka
di tengah-tengah waktu azan, atau pun di akhir azan. Jika kita menunggu di
tengah-tengah laungan azan, itu juga sudah dikira lewat kata ulama’. Justeru,
berbukalah semasa takbir yang pertama seusai membaca doa. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah
berfirman: Hambaku yang lebih aku cintai adalah mereka yang menyegerakan
berbuka”.
2)
Mengakhirkan waktu bersahur
Waktu sahur yang paling
afdhal adalah waktu yang agak hampir dengan waktu azan subuh. Tetapi tidak
boleh lebih daripada selepas masuk waktu subuh, jika sudah masuk waktu subuh,
maka kena berhenti makan. Jika ada air di tangan yang tidak sempat untuk minum,
atau makanan masih ada dalam mulut, maka boleh baginya untuk menghabiskan air
tersebut sekadar keperluannya dan juga makanan yang berada di mulut tadi. Ini
adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W bersabda:
“Jika seorang daripada kamu mendengar azan, dan cawan berisi air masih ada di
tangan, maka jangan letak sehingga selesai hajatnya.” (Riwayat Abu Daud
dan Al-Hakim: Sahih).
Juga Rasulullah S.A.W
telah bersabda :
تأخير السحور من سنن
المرسلين
Maksudnya : “ Sesungguhnya
mengakhirkan sahur ini merupakan sunnah dari para ratusan Rasul-rasul.” (Hadis
riwayat Ibnu Hibban).
Sahur adalah sunnah
walaupun dengan makanan yang sedikit Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi S.A.W
pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad).
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad).
3)
Sunat berbuka dengan makanan manis
Rasulullah S.A.W
telah bersabda yang bermaksud: “ Yang manis itu memberi kekuatan dan air itu
membersihkannya”. Tambahan itu, berbuka puasa digalakkan dengan makan buah
tamar. Berbuka dengan buah tamar atau kurma adalah sunnah perbuatan Nabi
S.A.W, paling sedikit pun jika tiada buah tamar, pasti baginda akan meminum air
dan selepas itu baru solat, ia bagi menandakan bahawa nabi mengawalkan waktu
berbuka. Tetapi jika tiada buah tamar, makanlah apa-apa sahaja buah yang manis,
yang mudah untuk dapatkannya jika sukar untuk dapatkan buah tamar.
Ini berdasarkan hadis daripada Anas
RA: “Baginda S.A.W akan berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum
menunaikan solat, jika tiada rutob, maka nabi akan memakan beberapa biji tamar,
jika tiada, Nabi S.A.W akan minum air dengan beberapa tegukan.” (Riwayat Abu
Daud dan Tirmizi : Hasan).
4)
Doa ketika berbuka puasa
Maksudnya, "Ya Allah bagi
Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku
berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan
Penyayang."
Dari Mu’adz bin Zuhrah,
bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbuka
puasa baginda mengucapkan, "Allaahumma Laka Shumtu wa ‘alaa Rizqika
Afthartu”.
(Hadis riwayat Abu Daud 2358,
Al-Albani mengatakan hadis ini Daif di dalam Daif Abi Daud).
5)
Doa selepas berbuka puasa
Ibn Umar berkata, Nabi S.A.W,
ketika telah berbuka puasa mengucapkan
Maksudya, "Telah hilang
dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala, insya Allah." (Hadis
diriwayatkan oleh Abu Daud 2357, Al-Daaraquthni 25, Ibn Hajar dalam al-Talhis
al-Habiir (2/202)] Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadis ini hasan).
No comments:
Post a Comment