Sunday, 14 July 2013

Perkara-Perkara yang membatalkan Puasa

Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:
1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Allah S.W.T berfirman: “Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (Al-Baqarah, 2: 187). Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya.

2) Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud ).
3. Haid dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah S.A.W bersabda: “Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”   
  

4. Suntikan Yang Mengandungi Makanan
  Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. 
Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.


5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.” Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (Al-Baqarah, 2: 187). Diizinkan bergaul (dengan        isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat.
6) Murtad
Terkeluar daripada Hslam sama ada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan. Allah telah berfirman yang bermaksud: Dan siapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu ia mati ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya” (yang baik di dunia dan di akhirat).    (Al-Baqarah, 2: 217).
7) Memasukkan sesuatu benda ke dalam salah satu rongga badan, seperti lubang hidung, dua jalan (Qubul & Dubur) dan lubang telinga.
Dari Ibni Abbas r.a berkata : “Adapun yang mewajibkan berwudhuk kerana ada keluar dari qubul atau dubur, dan bukan kerana sesuatu masuk. Adapun yang membatalkan puasa ialah kerana ada barang yang masuk dan bukan kerana ada barang  yang keluar.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi).
Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah “Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia. 
8) Gila 
Gila sekejap atau sepanjang hari boleh menyebabkan batal puasa sebab sudah hilang daripada syarat taklif.
9) Mabuk atau pengsan sepanjang hari
 Mabuk atau pengsan sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

  

Adab ketika berpuasa

Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:

* Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.

* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan sahur.

* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.

* Mengurangkan tidur di siang hari.

* Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan balasan Allah di akhirat.

* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela, mencaci, maki hamun, berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan berbau busuk dan hina didengar telinga.




Perkara-perkara Sunat di Bulan Ramadhan


1)                  Menyegerakan waktu berbuka
 Apabila azan berkumandang, maka boleh terus berbuka puasa. Jangan lagi tunggu berbuka di tengah-tengah waktu azan, atau pun di akhir azan. Jika kita menunggu di tengah-tengah laungan azan, itu juga sudah dikira lewat kata ulama’. Justeru, berbukalah semasa takbir yang pertama seusai membaca doa. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah berfirman: Hambaku yang lebih aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2)                  Mengakhirkan waktu bersahur
Waktu sahur yang paling afdhal adalah waktu yang agak hampir dengan waktu azan subuh. Tetapi tidak boleh lebih daripada selepas masuk waktu subuh, jika sudah masuk waktu subuh, maka kena berhenti makan. Jika ada air di tangan yang tidak sempat untuk minum, atau makanan masih ada dalam mulut, maka boleh baginya untuk menghabiskan air tersebut sekadar keperluannya dan juga makanan yang berada di mulut tadi. Ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Jika seorang daripada kamu mendengar azan, dan cawan berisi air masih ada di tangan, maka jangan letak sehingga selesai hajatnya.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim: Sahih).
Juga Rasulullah S.A.W telah bersabda :
تأخير السحور من سنن المرسلين
Maksudnya : “ Sesungguhnya mengakhirkan sahur ini merupakan sunnah dari para ratusan Rasul-rasul.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Sahur adalah sunnah walaupun dengan makanan yang sedikit Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad).

3)                  Sunat berbuka dengan makanan manis
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “ Yang manis itu memberi kekuatan dan air itu membersihkannya”. Tambahan itu, berbuka puasa digalakkan dengan makan buah tamar. Berbuka dengan buah tamar atau kurma adalah sunnah perbuatan Nabi S.A.W, paling sedikit pun jika tiada buah tamar, pasti baginda akan meminum air dan selepas itu baru solat, ia bagi menandakan bahawa nabi mengawalkan waktu berbuka. Tetapi jika tiada buah tamar, makanlah apa-apa sahaja buah yang manis, yang mudah untuk  dapatkannya jika sukar untuk dapatkan buah tamar.
Ini berdasarkan hadis daripada Anas RA: “Baginda S.A.W akan berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat, jika tiada rutob, maka nabi akan memakan beberapa biji tamar, jika tiada, Nabi S.A.W akan minum air dengan beberapa tegukan.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi : Hasan).

4)                  Doa ketika berbuka puasa
Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." 

Dari Mu’adz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbuka puasa baginda mengucapkan, "Allaahumma Laka Shumtu wa ‘alaa Rizqika Afthartu”.
(Hadis riwayat Abu Daud 2358, Al-Albani mengatakan hadis ini Daif di dalam Daif Abi Daud).

5)                  Doa selepas berbuka puasa
Ibn Umar berkata, Nabi S.A.W, ketika telah berbuka puasa mengucapkan
Maksudya, "Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala, insya Allah." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud 2357, Al-Daaraquthni 25, Ibn Hajar dalam al-Talhis al-Habiir (2/202)] Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadis ini hasan).


Amalan-amalan sunnah pada bulan Ramadhan


Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

      1)  Mengkhatamkan Al-Qur'an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185).

2) Solat  tarawih
Rasulullah Saw bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."

3) Memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.



      4) Bersedekah
       Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).
       Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat            fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

      5)  Iktikaf
      Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. Iktikaf sunat bagi lelaki dan                     perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beriktikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para             isterinya juga ikut iktikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak         zikir, istighfar, membaca Al-Qur'an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

      6)  Umrah
      Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan                 memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah       pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

     7)  Memperbanyak berbuat kebaikan
     Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi        Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah            pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar            Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar'            tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus      bertambah.